Assalammualaikum and HI!
Yesterday, yeaaaa on Saturday (18th May 2013) telah berlangsungnya Hari Sukan dan Hari Keluarga Tadika Permata Hatiku di padang SK Tunku Mahmood 2, Kluang Johor. Ye, setidak-tidaknya terisi juga hari Sabtu aku yang sering membosankan. Tapi di kolej matrikulasi dulu kalau ada program hari Sabtu, OH NO! Serious malas gila nak attend -.-" Kalau dah pemalas tu memang malas aje memanjang. Urgh. Stop it. Nak cerita benda lain, jangan masuk benda lain. Ish. Aku tiba seawal 7.30 pagi di Transit untuk tolong teacher-teacher yang lain memasak and packing barang untuk di bawa ke padang. Sebenarnya takde lah awal mana, sebab teacher-teacher yang lain sampai lagi awal. Ada yang dah tiba seawal 6.30 pagi lagi. HUHU.
Kami staf di TPH membahagikan tugas. Separuh uruskan keperluan di padang seperti PA System, alatan sukan dan sebagainya. Yang selebihnya duduk di transit untuk packing-2 makanan dan sedikit goodies bagi para jemputan iaitu ibu bapa murid-2 tadika itu sendiri. Pukul 9 pagi baru lah aku bertolak ke padang setelah beres semua tugas aku dengan teacher-2 yang lain. Sesampainya di padang, aduhhh. Teriknya matahari. Aktiviti yang dipertandingkan juga telah bermula seawal jam 8.30 pagi tadi. Aku ditugaskan untuk jaga checkpoint and cari pemenang untuk setiap aktiviti. Memang lah terikk tapi aku jatuh kasihan pada budak-2 tadika itu, semua dah berpeluh-peluh sementara tunggu giliran mereka untuk bermain dalam aktiviti sukan yang sedia ada.
Ohh, sedikit gambar bersama-sama description :)
Game bersama sama ibu bapa. Berlari menggunakan kain pelikat bersama sama anaknya!
Futsal untuk 6 tahun!
Berjalan sambil diikat kakinya.
Larian Baton!
Atul yang berumur 2 tahun gembira betul :)
Kelas Diamond and Ruby :D
Hadiah yang dimenangi aku. Dapat tempat kedua pun jadi lah. HIHI.







No comments:
Post a Comment