Assalammualaikum! and Hi!
Wahh! Quit longgggggggggggggggggg time Im not update this blog. Disebabkan lemak yang terkandung bercampur dengan rasa malas yang amat sangat, ahh. Sungguh kasihan blog ni dibiarkan berhabuk begitu sahaja. Namun, bukan niat aku nak membuka sejarah mengapa aku hilang begitu sahaja pada entri ini. Tujuan entri ini untuk mengulas kembali tajuk yang tertera.
Semalam, genap seminggu aku bekerja di Tadika Permata Hatiku(TPH) sebagai pembantu tadika dan sekali gus sebagai cikgu yang mengajar. Gaji memang sikit, tapi aku tidak kisah semua itu. Apa yang penting adalah pengalaman yang kita kutip sepanjang perjalanan hidup kita ini. Jadi, aku terima tawaran itu kerana memang aku sudah pasang niat selepas habis belajar di matrikulasi aku teringin bekerja di tadika. Tak tahu apa sebabnya, mungkin jiwa aku yang dekatlah juga dengan kanak-kanak. Seronok walaupun penat :D
Aku rasa teruja kerana setelah genap seminggu aku bekerja di TPH, tarikhnya juga jatuh pada 16 Mei iaitu Hari Guru! Bukan disebabkan hadiah yang bermain main dalam fikiran. Namun, aku ingin tahu apa perasaannya menyambut hari pekerjaan sendiri setelah kita berpenat lelah menjaga, mendidik, memarahi anak murid kita. Err, yang marah tu tiada sebenarnya. HAHA.
Rasa terharuuuu sangat bila budak-budak datang kat kita dan ucap Selamat Hari Guru, Cikgu :') K, nak menangis sekarang. Even penat melayan perangai diorang yang tersangat lah manja! Tapi aku seronok dapat timba pengalaman di TPH :D Hari-hari tak sabar nak melangkah ke tempat kerja kerana cepat benar aku rindukan bebudak tu. HUHU. Tak kisah lah dengan panas membahangnya, hujan ribut petirnya, teacher sanggup redah dengan hanya berjalan kaki semata mata nak jumpa korang. HIHI. Sweet kan Teacher Nadia :* HAHAHAHA.
Okay, dedicate to all my beloved teachers yang pernah mengajar saya walaupun satu huruf secara sengaja atau tidak sengaja, halalkan lah ilmu yang cikgu-cikgu dah berikan itu. InshaAllah saya akan manfaatkannya dalam hidup saya yang penuh dengan cabaran ini. Semoga ilmu yang cikgu sekalian beri tidak akan pernah putus. Semoga hidup sentiasa diberkati Tuhan selalu. Amin :D Saya Sayang Cikgu!
Hadiah yang diberikan oleh murid-murid kepada Teacher Nadia mereka! Bukan bermaksud nak riak tau. Tapi faham tak apa rasa teruja first time sambut hari guru even tak layak pun sebenarnya. HAHAHA.
*Ohh, itu Faiz, the 5 year old kid yang aku sangat adore!! Manja dan Mengada! Hihi. Ehh, bukan pilih kasih tau. Aku tetap tegur dia kalau dia ada buat silap :)

No comments:
Post a Comment