Assalammualaikum
and
Selamat Sejahtera yawww !
Sebenarnya entry kali ini nak cerita pasal Hang-Out aku semalam :) Tapi disebabkan my photo's supplier ni tak bagi-2 aku gambar hangout semalam, so, terpaksa lah aku story pasal kejadian yang berlaku minggu lepas :P
Sejak dua minggu lepas, family aku selalu makan Ikan Patin Masak Tempoyak, well, we are not Pahang-ians :P But our family just loved the tempoyak except ME. Oh, aku tak suka sangat dengan masak tempoyak ni. Tapi disebabkan Ibu order ikan patin 6 ekor (I think so) dengan Ustazah Ros (dapat murah ^^, ) so dalam dua minggu tu, mesti makan nasi yang berlaukkan ikan patin. Tapi memang Ibu akan masak lauk tempoyak je dengan ikan patin tu, sebab memang lauk tu je yang famous untuk ikan patin kan :) Lagipun, jiran aku depan rumah ni, kalau mereka balik Pahang je, mesti bawakkan lauk Ikan Patin Masak Tempoyak sampai lama-kelamaan I'm used to it. Aku pun dah jadi suka pula dengan lauk tu :P HUHU.
Ikan Patin Masak Tempoyak
Okay, semasa aku tengah dok sedap menjilat-jilat jari (tak senonoh) sewaktu menikmati lauk kat atas ni, tiba-2 dekat pinggan aku rasa macam ada minyak. Ikan patin ni sebenarnya berlemak, dekat bawah kulit pun ada minyak, yang bahagian-2 macam tu, aku tak reti lagi nak makan. HUHU :P
Ibu cakap minyak ikan tu baik untuk kulit. Tapi bila aku makan, rasa macam nak muntah pun ada. Macam loya lah disebabkan minyak kan. Ibu kata Bibik Yana dulu suka simpan minyak ikan selepas disiang ke dalam peti sejuk untuk letak kat muka. Bukan orang Indon suka pakai jamu or bedak sejuk ke? Alaa, macam-2 je sebenarnya tips-2 dan petua untuk muka ni, tinggal nak atau tak nak je (terasa =='') HUHU.
Selepas googling-2 kat internet, aku dapat banyak juga informations tentang minyak ikan yang aku rasa loya dan geli tu. Ikan patin merupakan salah satu ikan air tawar yang kaya dengan lemak ikan yang bagus untuk kesihatan kita. Ahli-ahli arkeologi sebelum ini mendapati mereka yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dan laut beberapa ratus tahun dahulu di sebuah kawasan di Eropah hidup jauh lebih lama berbanding mereka yang tinggal di kawasan pedalaman (hutan). Malah, kita boleh lihat sendiri kebanyakan rakyat Jepun dan Korea yang mengamalkan gaya hidup tradisional (banyak makan sumber berasaskan laut) mampu hidup melebihi usia 100 tahun.
Semua ini dikaitkan dengan rahsia sebenar lemak yang terkandung dalam ikan, yang mana ia membantu mempertingkatkan lagi kesihatan kardiovaskular disamping meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dalam darah. Asid lemak omega 3 telah terbukti secara klinikal penting untuk kemandirian tubuh (fungsi utama membrane sel), di samping mencegah kita daripada penyakit-penyakit kronik seperti stroke, sakit jantung dan diabetes. Walaubagaimanapun, sejak zaman nabi Adam lagi tubuh badan kita tidak dapat menghasilkan omega 3 dengan sendiri (badan kita hanya boleh menghasilkan asid lemak tepu yang dijadikan sebagai ‘sumber makanan jangka masa panjang’ dan sebagai penebat haba di bawah kulit).
Maka dengan itu, hanya terdapat satu cara sahaja kita boleh mendapatkan omega 3, iaitu melalui diet. Pengambilan makanan-makanan semulajadi yang kaya dengan EFAs (seperti ikan, sumber kekacang) di samping supplemen lemak ikan (jika anda fikir diet anda kurang EFAs) amat membantu dalam mendapatkan sumber EFAs yang diperlukan.
# information ni atas ihsan sususejat.com and kalau nak tahu lebih lanjut pasal lemak ikan patin, boleh klik di sini :)
No comments:
Post a Comment