Saturday, 7 April 2012

The Hunger Games!

Assalammualaikum
dan
Selamat Sejahtera yaww!


Rasanya entry kali ini boleh lah aku story-mory pasal hangout aku pada 4 haribulan 2011 (Rabu) :D


Pagi-pagi lagi aku dah bangun, sebab perjanjian telah dibuat pada pukul 10pagi dah kena ada di LRT Setiawangsa (konon-kononnya). HAHA. So, at 9.30a.m. aku dah gerak keluar rumah, nak pergi tahan teksi (malas punya pasal). Sebenarnya, kalau dikira-kira balik, jauh juga perjalanan dari rumah aku ke LRT Damai. Kalau jenis yang berjalan slow as a tortoise (mak aku cakap :P) macam aku ni, dalam 20 minit baru sampai, nanti badan pun habis basah lencun dengan peluh =='' So, baik aku naik teksi je, RM 3.50 kalau jalan tak jem lah :) Alhamdulillah, dengan penuh kesabaran sejurus aku keluar dari rumah, terus dapat tahan teksi :D Dalam pukul 9.50 pagi aku dah sampai di LRT Damai then terus beli token ke LRT Seri Rampai. But then, I've to wait for them kat LRT Setiawangsa dulu. So, aku turun di Setiawangsa. I'm waitingggg (Waiting Outside The Line- Greyson Chance) HUHU. Dalam 10 minit tunggu sambil texting with them, sampai pun finally, so, kitorang terus lah naik tren to our destination. Ohh, aku tak bagitahu lagi kan siapa 'them' tu.


They are : Azrul Sofi & Zikry

Yeah! Finally, sampai pun Wangsa Walk Mall (WWM). Kitorang plan nak tengok movie hari ni. Sofi beria-ria gila nak tengok The Hunger Games. Zik pulak tak kisah. Dalam hati aku sebenarnya, *alaa, macam tak best je ==''. Macam ni lah perangai manusia, suka Judge Book By Its Cover :P Tapi kitorang tak beli tiket lagi sebab tengah tunggu someone ni, hah! dah sampai pun, lambat betul lah dia ni. Haihh, Afizah ni :D Semalam beria kata siapa lambat belanja popcorn, tapi aku tahu, takde siapa akan belanja sesiapa pun :P HUHU.  So, kitorang pun beli lah tiket and pilih seats yang rasa position macam best kan :)  RM9 je! Tak mahal :D TGV Cinema tengah buat promotion sampai 24 April ni.

Disebabkan movie The Hunger Games tu start at 11.30a.m. Kitorang pun decide nak jalan-2 dulu sekitar WWM then terserempak pulak dengan Safwan yang sedang tekun bekerja. Borak-2 kejap, dah 11.15 ni, apa lagi, JOM LAH ! HUHU. Adatlah, sebelum masuk panggung orang memang suka beli popcorn. Aku pun tak terlepas lah dari adat tu. Aku share duit dengan Afizah beli popcorn yang large. Aku memang hantu popcorn :P Time zik dengan Sofi beli popcorn tu, aku tak tahu lah mana silapnya sampai popcorn sofi berterabur sebelum masuk panggung :P Gelabah sangat kot. HAHA. Nak cover malu punya pasal, jalan je lah :P

The Hunger Game, first story line dia agak slow and kurang faham apa sebenarnya tujuan The Hunger Game ni. Tapi bila masuk part yang Kedniss jadi volunteer untuk jadi player dalam Happy Hunger Game, cerita terus jadi best and people will keep asking then apa yang akan terjadi?? HUHU. Klimaks dia seriously best! Ada scene sedih, love, takut, cemas, happy semua ada :D Sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Ending for this movie pun agak best sebab penonton akan geram dengan situasi tu tetapi tiba-2 situasi tu terus bertukar and penonton mesti akan Fuhhhh~ Lega rasanya :D HAHA. Seronok. 


#lepas habis movie, bila nampak cctv terus aku jadi macam orang gila :P orang yang tengok Hunger Games je tahu kenapa. HAHA :P

Lepas habis movie, kitorang keluar masuk keluar masuk WWM tu macam orang takde arah tuju. HAHA :P Then, kitorang decide nak move to JJAU2. So, kitorang pun gerak lah ke Seri Rampai. Afizah je taknak ikut. Dia kata nak balik. Laparr~ HAHA.

Afizah beli token ke Wangsa Maju, Zik beli ke Seri Rampai.

 Afizah : Weh Mira! Kau dah tinggi lah :P
Aku : Well :D HAHA.*bongkak

 Nampak tak plastik kat tangan aku tu? 
Tu popcorn, belum habis lagi :P

 Aku rindu kau lah Fiz 

 Tengah tunggu tren :)
#hmm, aku memang nampak macam mak orang =='' tak boleh jadi ni xD

Bila dah sampai Setiawangsa, kitorang kena naik bas Rapid pula untuk ke JJAU2, tapi Zik dengan best-2nya naik motor =='' Kitorang sampai dalam setengah jam kemudian. Then, dah sampai JJAU2, kitorang pun jalan sana, jalan sini tanpa hala tuju. Tapi kitorang singgah sebentar kat tingkat atas, kata orang, kat sini, JJAU2 tu dah macam DTHO yg kedua. HAHA :P kalau korang toleh kanan, nampak budak DTHO, toleh kiri je, nampak lah budak DTHO. HUHU :P Kitorang ada lah borak-2 dengan Faiq dengan Pyqah.

Then dah rasa laparr gila ni, kitorang cari dan pilih kedai makan yang bersesuaian :P HAHA. Dah jumpa! KFC is the right place for the tummy to be fill :) *bosan makan ayam :P Di KFC, kitorang terserempak dengan Mus and Haris :) Ohh, anyway, sorry, gambar tengah makan KFC takde, sebab semua tengah fokus dengan makanan sambil bergosip-gosip. Lelaki pun sebenarnya suka bergosip jugak ;D

Zik tengah usha aweks ;D HUHU.

Aku tak tahu nak describe muka sofi sekarang ni, sama ada dia kekenyangan ke atau keletihan. HAHA :P
#while waiting the bus

Yeahh! Finally, habis pun story pasal hangout aku ni. Ohh, by the way, this is the first time tau aku hangout dengan Zik, entah dari mana dia muncul aku pun tak tahu. HAHA xD Selalu yang teman aku hangout Sofi. But seriously, I am sorry to Szana. Weh, bukan aku sengaja tak nak ajak kau, mana aku tahu kau cuti =='' kau kata cuti Khamis kan. HUHU. Forgiven kan ? HAHA.

#pictures credit to Azrul Sofi. Thanks der :)

Okay lah, till here. See ya' 


No comments:

Post a Comment