Wednesday, 19 October 2016

Ubat

Lately ni aku rasa serabut. Tak tahu serabut sebab apa.
Alahai. Tipu sangat tak tahu.

Tapi ada satu hari ni, aku keluar. Sorang-sorang. Lebih kurang pukul 8.30 pagi. Hari Ahad. Tah hari Ahad bila aku pun tak ingat, tapi kejadian ni baru je berlaku.

Pagi tu aku rasa serabut sangat. Entah la pasal apa pun tak tahu (denying again). Tengah serabut-serabut fikir dalam lif (overthinking dah rasanya), tiba-tiba pintu lif terbuka menandakan dah sampai Groundfloor. Keluar je dari pintu lif, makcik yang biasanya jual nasi lemak depan lif sambut aku dengan senyuman dia. Aku balas senyuman dia. Walaupun rasa tak ikhlas sebab tengah layan serabut aku ni, tapi yang pasti aku rasa tekanan tu berkurang dari tadi.

Aku teruskan perjalanan lagi ke LRT. Kali ni, makcik sapu sampah tengah menyapu sebelah court futsal senyum pulak kat aku siap bagi salam. Time ni rasa makin kurang dah tekanan tu lagi-lagi lepas jawab salam Makcik sapu sampah tu.

Aku masih teruskan perjalanan ke LRT tiba-tiba ada satu suara menegur, 
"Awal pagi dah keluar harini, takde class kan."
Aku terus toleh ke arah suara itu. Oh Makcik yang tinggal sama aras dengan aku.
"A'ah Makcik, saya nak pergi jumpa kawan." 

Hanya dengan satu soalan dari Makcik yang tinggal sama aras ni, maka berpanjangan la cerita dia kat sini. Makcik ni cerita nak pergi ambil anak dia kat airport baru balik dar Brunei yada yada. Aku akhiri perbualan dengan "Hati-hati Makcik." dan terus sambung perjalanan aku.

Dah nak sampai di stesen LRT baru aku sedar, aku dah rasa tenang, tak serabut, not overthinking dah. Hilang macam tu je perasaan gundah gelana tadi tu. 

Alahai. Ubatnya dengan senyuman sahaja. Lagi-lagi dari Makcik-Makcik yang dah baya ibu ni. Pengubat rindu kat ibu mungkin :')


No comments:

Post a Comment