Friday, 22 January 2016

Jangan Rasa Tak Cukup

 Soal duit bukan boleh buat main. 

Sebab duit boleh jadi lawan, tamak, gaduh dan sebagainya. Di sebalik duit, memang boleh beli macam-macam. Apa yang kau nak, keperluan, kemahuan dan kepentingan. 

So, itu pros and cons berkenaan duit. 

Aku nak cerita benda lain sebenarnya tapi tak lari soal duit lah. Isu yang banyak dikupas sejak akhir-akhir ni pasal student yang kelaparan sampaikan kena curi duit masjid untuk beli makanan. Tapi yang tak tahan tu, siap tulis notes yang dia terpaksa ambik sebab kebuluran. Then start dari situ lah, ada mana-mana NGO yang baik hati tolong. Buat pakej makanan berserta air dengan hanya RM4 di sekitar universiti dan macam-macam lagilah.

Sebagai seorang pelajar, aku pun tak lari dari rasa kesempitan atau pun tak cukup wang atau pun yang orang selalu kata poket sempit. Bezanya, aku dapat lah jugak makan kat restoran di Quill Mall. Tapi bukan selalu. Kalau selalu tu dah jatuh tahap anak orang kaya lah. Aku biasa-biasa je. Sangat biasa.

Kadang-kadang, kalau cuti semester aku cari kerja part time. Biasanya jadi cikgu tadika di Permata Hatiku, mana lagi lah kan.  Lepas matriks aku memang target tadika tu untuk kerja part time. Demi kumpul duit sedikit. Aku jenis tak boleh kalau dalam mesin ATM tu ada kurang dari seratus. Aku labelkan diri aku miskin kalau duit dalam account bank aku ada kurang daripada RM100.

Aku plan nak kerja part time semester depan which is semester 6 (Ohemgee! I'm already 6th semesters!). Aku tengok ramai senior buat gitu. Kerja sambilan sewaktu semester akhir. Mungkin sebab subjek yang diambil kurang sedikit dari awal semester dulu. Tapi belum pasti nak kerja apa. Kat Quill Mall banyak je lubang kerja tu, tapi aku kalau boleh taknak dalam mall walaupun mall selesa (Ye, aku tahu ianya macam sebuah alasan kan?). Sejuk dan ada aircond.

Habis aku nak kerja apa?
Nanti lah fikir, luls.

Cuti semester 5 ni aku tak sempat nak kerja part time. Sebab aku rasa tak boleh nak bagi commitment as I have to search for my FYP's title. Jadi aku banyak luangkan masa lebih dengan family. Aku jenis perhati orang kekonon observer gitu heuheu. Ada satu benda as an observer yang attracted aku untuk aku buat kajian sikit. Sebab tahap curiosity aku tinggi untuk tahu. 

Benda yang aku observe ialah pasal ibu, Aku tengok ibu chill and relax je belanja itu ini. Duit habis pun tak bising, cuma cakap ‘okay, duit ibu dah habis untuk bulan ni.’. Gitu je lah. Gaji ibu pun takdelah banyak mana. Biasa-biasa je. Jadi aku curious macam mana ibu handle untuk jadi lebih tenang walaupun kehabisan duit. Ibu punya jawapan memang best.

“Kenapa nak takut kalau duit habis? Rezeki tu siapa yang bagi? Duit habis boleh cari. Selagi ada duit, selagi ada keperluan nak beli, beli. Jangan kedekut kat diri sendiri. Jangan ada rasa tak cukup. Allah beri kekayaan dan kecukupan, takde kemiskinan.” - Ibu

Jadi agak-agak macam aku ni yang jenis memang selalu rasa tak cukup.
Macam mana pula?

"Terserah orang tu nak rasa apa, sama ada dia cukup atau dia rasa kesempitan wang. Kalau rasa tak cukup, maka dia takde rasa syukur dalam diri." -Ibu

Pokok pangkalnya ialah SYUKUR. Ye, syukur beb. Or in english, grateful :)

What a wise words.
 I love her. 
Always and Forever.

No comments:

Post a Comment