Bahangnya
terasa menyengat. Panasnya dari pagi hingga petang. Ingin sahaja aku mandi
berkali-kali. Namun khuatir kuantiti air yang ada di rumah ini tidak cukup
untuk menampung enam orang isi rumah dan juga keperluan yang lain seperti
memasak dan membasuh pinggan mangkuk. Mungkin rumah kecil ini tidak sesuai
didiami lebih dari 3 orang. Mungkin. Rumah kecil bercat biru di dalamnya. Dihiasi
dengan pagar yang karat dan reput dimamah usia sehingga tidak ada fungsinya
pagar itu. Dibiarkan terbuka senang untuk keluar masuk. Keadaan dari luar
memang nampak daif. Tidak mempunyai sebarang hiasan atau dekorasi yang menarik,
cukuplah hanya satu tempayan besar yang dipenuhi dengan air untuk kegunaan di
luar rumah seperti membasuh najis kucing.
Oh
tidak lupa, dua tiga ekor kucing yang mungkin dah menjadi penghuni tetap di
kawasan rumah ini. Keadaan di halaman rumah kalau dilihat sekilas pandang seperti
keluarga yang bergaji rendah dan mempunyai anak kecil yang ramai. Belum lihat
lagi keadaan bumbung rumah kecil bercat biru ini yang seringkali bocor jika bumi
Kluang sedang dibasahi hujan. Lokasi rumah yang menjadi laluan utama penduduk
Taman Idaman untuk ke jalan besar yang menghubungkan ke Bandar Kluang sudah
pasti rumah kecil ini dilihat oleh orang yang lalu-lalang dengan menggunakan
kereta mewah masing-masing. Mana tidaknya, kebanyakan penduduk taman ini mampu
membeli sebuah rumah di sini namun hanya penghuni rumah kecil bercat biru ini
sahaja yang nampak tidak berkemampuan. Sudah tentu nampak tidak berkemampuan
kerana rumah kecil dicat biru ini hanya disewakan sahaja oleh penghuninya yang
sekarang.
---------------------------------------------------------------------------------------
Jika hidup sentiasa lihat dari luar
sahaja.
Jika hidup hanya berlandaskan rupa sahaja.
Jika hidup penuh dengan kepuraan.
Jika hidup tidak diteliti dalaman.
Jika hidup melihat jendela dari luar.
Jika hidup tanpa tujuan.
Jika hidup cuma untuk mengejar wang.
Jika hidup seringkali dibazirkan waktunya.
Jika hidup tidak ingat pada kematian.
Jika hidup tiada pelajaran yang kau hadam.
Jika hidup tidak mencari pedoman.
Jika hidup hanya berlandaskan rupa sahaja.
Jika hidup penuh dengan kepuraan.
Jika hidup tidak diteliti dalaman.
Jika hidup melihat jendela dari luar.
Jika hidup tanpa tujuan.
Jika hidup cuma untuk mengejar wang.
Jika hidup seringkali dibazirkan waktunya.
Jika hidup tidak ingat pada kematian.
Jika hidup tiada pelajaran yang kau hadam.
Jika hidup tidak mencari pedoman.
Tanda soal (?)
Ya , aku
hanya sebut yang pesimis sahaja.
Apakah sebenarnya erti hidup kau jika bukan yang pesimis ini?
Apakah sebenarnya erti hidup kau jika bukan yang pesimis ini?
---------------------------------------------------------------------------------------------
Memang sengaja
aku cerita soal halaman rumah ini. Luarannya yang tidak setanding rumah elite
lain. Luarannya yang memang kalau dilihat sekali pandang memang daif sekali. Namun
tidak terfikirkah engkau bahawa itu semua halamannya sahaja. Halaman yang boleh
disimilekan sebagai luaran yang jika kau lihat dua kali pandang mungkin kau
dapat rasa ketenangannya. Luarannya yang nampak daif namun jika kau singgah sebentar sambil mengopi
dengan tujuan mengenali jiran setempat pasti kau akan rasa kedamaiannya. Famili
yang mempunya enam orang ahli keluarga ini hidup dengan tenang di dalam rumah
kecil bercat biru. Tenang tanpa masalah yang jika ada pasti duduk bersama-sama
dan dibawa berbincang. Rumah kecil yang mempunyai sebuah dapur dan tiga bilik
kecil cukup untuk memuatkan mereka satu famili lena tidur malam walaupun bahang
panas sering menyengat. Doakan sahaja mereka satu famili hidup bahagia, tenang
dan damai dalam keredhaan-Nya. Kami juga akan mendoakan yang sama kepada yang
sudi membaca.
Kalaulah kau tahu erti tenang itu apa...
"Short stories are not mini-novels. And they
are not poems. They have their own peculiar shape and charm and satisfaction.
No comments:
Post a Comment