Friday, 21 February 2014

Sometimes.

Kadang-kadang.
Tak perlu berkata apa-apa untuk sampaikan sesuatu perkara. Cukup hanya ekspresi muka. Pergerakan tangan, hidung, mata, telinga, kaki, pipi *blushing* atau senang cerita ianya dipanggil bahasa badan. Bukan semua benda boleh disampaikan melalui mulut. Allah kurniakan setiap anggota badan kita ada fungsinya..
Hmm, macam menulis tu sendiri. Sudah tentu menulis untuk sampaikan sesuatu. padahal menulis tak menggunakan mulut, guna tangan. Hmm.

Aku kering idea. Nak menulis tapi tak kena gaya. Sebab takde cerita yang boleh dibicara. Melalui hati dan juga jiwa.

Kadang-kadang.
Menangis bukan sebab kita bersedih. Bukan sebab kita terseksa jiwa merana berduka lara bagai. Cuma bagi aku, menangis bagi melepaskan tension, tekanan stress semua yang ada. Itu bukan kesedihan. Itu cara aku nak menenangkan jiwa. Walaupun aku tahu, cara menenangkan jiwa yang terbaik ialah dengan membaca al-quran. Semua boleh cuba menangis sekarang! Hahh. Then, you will feel me! Hehehe. Memang orang selalu cakap aku kuat nangis. Tapi, biarlah. Dah cara aku. Sibuk je! Kalau korang taknak nangis, korang ketawa lah. Hahaha! *terketawa

لَا تُكْثِرُوا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
“Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.” -Abu Hurairah-

Kadang-kadang.
Aku tak nampak pun apa yang terjadi. Tapi aku suka-suka je cakap ikut hati. Cakap tanpa menahan diri. Cakap tak henti-henti. Cakap macam tak tahu bila-bila je boleh mati. Hmm. Aku nak kata kat sini yang well, fitnah berleluasa zaman sekarang ni. Kau tak tahu ke? Dunia dah akihir zaman. Memang fitnah akan berleluasa terutama bila dajal dah keluar nanti. Oh no! Time tu laa akan ramai manusia yang kelaparan dan sanggup ambik makanan daripada dajal tu hah! Orang-orang muslim yang mukmin je akan menahan lapar diorang dengan berzikir, aku harap aku tak lapar atau kalau boleh mati sebelum dajal keluar *eh! apa harapan aku ni. Hmm.




Dan kadang-kadang lagi.
Perasaan tu tak semestinya perlu diungkapkan. Cukup kau simpan dalam hati kau sorang je. Tapi aku tahu memang sakit. Eh! Kau tak tahu sakit untuk simpan perasaan kau yang wujud untuk seseorang tu berbaloi dan bernilai tahu tak! Dapat pahala berjihad weh. In sha Allah. Bila dah sampai masanya dan memang betul dia untuk kau, Allah akan bagi jalan. Memang takde benda dalam dunia yang mudah lagi senang. Ain't at all. There is no such things life is simple. Brahh! Tipu semua. Allah memang akan turunkan ujian, bila dah lepas, akan ada lagi dan akan ada lagi dan begitulah seterusnya. Eh ni bukan sebab Allah nak susahkan kau tau. Ni semua sebab Allah sayangkan kau. Terlalu sayang okay! :) Kalau kita bersangka baik dengan Allah, in sha Allah, Allah akan tolong kita dengan ujian yang Dia bagi tu. This is serious talk kay!




No comments:

Post a Comment