Tuesday, 17 December 2013

Hati Menangis

Assalammualaikum and Hey!

Dah lama tak update. Alasan.. busy :|

Selalu buat blog walking sampai tangan terasa gian nak update blog tapi tak terbuat-buat jugak. Aku suka membaca, tapi aku buakannya heavy reader, ceritanya aku baca benda yang lagha-lagha je muehehe :3 Aipp! Benda yang kita rasa lagha pun ada terselit ilmu tauu! Bukan nak cakap lagha tu elok, ialah kalau ikutkan maksud lagha kan melalaikan means, if aku dah baca something tu sampai tak tahu bila nak berhenti tu kira lagha lah. Hehehe.

Sekarang final exam is really around the corner. Siapa sangka aku akan menamatkan satu sem sebagai budak degree *menangis* huhu. Ingat mudah ke? Ye betul tiada apa yang mudah dalam dunia ni. TIADA *read my lips LOL* Semua benda ada dugaan. Aku pun tak lari daripada dugaan. Memang takkan boleh lari, kerana kun faya kun kannn. Hadapi je dengan rela. 

Sebenarnya aku tulis entri ni pun aku tengah berlawan dengan perasaan *hiyeahhh!*. Hmm, antara masa hadapan dengan old times. Antara dia dan dia. Antara itu dan ini. Dan macam lagi-lagi lah. Lumrah manusia takkan lari daripada masalah terutama yang berkaitan dengan perasaan. Buat sementara ini, aku cuba elakkan masalah yang berkaitan dengan perasaan cintan cintun tapi kalau dah sampai masanya YE! Memang tak boleh lari lagi lah! HAHAHA.

Sekarang ni hati aku menangis. Tapi aku taknak tunjuk sebab aku dah selalu tunjuk. orang mesti ingat aku lembik :'( Since my life had change to university life, aku cuba untuk ubah perangai jadi lebih matang dan buang sikap childish aku, I know, bukan senang tapi at least aku cuba. Dan pabila satu-satu dugaan yang dirancang Allah datang kat aku, memang aku rasa tak tegar nak hadapi semua. 

Rasa nak nangis melalak-lalak. Tapi aku tenangkan hati dengan selalu mengingatkan diri yang orang lain mesti masalah dia lagi berat daripada masalah aku. Dan yang paling penting untuk sedapkan hati ialah sentiasa ingatkan diri yang ;


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ
 Al Baqarah:286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Allâh burdens not a person beyond his scope. He gets reward for that (good) which he has earned, and he is punished for that (evil) which he has earned.







No comments:

Post a Comment