Sunday, 13 May 2012

Book Fair 2012

Assalammualaikum 
and 
Selamat Sejahtera eberibodi :D

Lama lah tak update even banyak cerita yang aku nak luahkan. Tapi disebabkan peyakit M, 
Apa Pun Tak Boleh T.T

Anyway, me dapat tawaran UPU. Nahhh, di bawah ini keputusannya :) Alhamdulillah~


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA & Politeknik Premier
Sesi Akademik 2012/2013

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:940314015716
NAMA:AMIRA NADIA BINTI KASAH

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

P2056 - DIPLOMA PERNIAGAANTANI
UPM - UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Yeah! UPM! Aku pun pelik macam mana boleh dapat kat sini, padahal my second last choice tu kat UPU's form. Kalau boleh, nak pergi UPSI. Tapi nak buat macam mana, hajat tak kesampaian. Takde rezeki di situ. Then, bila dah dapat tawaran, mula lah dalam DILEMA. Urghh. I hate when I'm in dilemma. Dilema sama ada aku nak ke Matriks atau UPM. Bila fikir2 sampai nak pecah kepala aku ni, aku accept tawaran program diploma UPM ni sebab teringin nak tahu kat mana lokasi kampus aku :P So , I did accept the offer, then surat tawaran pun tulis, Tahniah! Anda boleh mendaftar di Kampus UPM Sri Rajang, Bintulu Sarawak. WTH T.T Baru je beria-ria nak ke program diploma. Nampaknya, memang takde rezeki lagi. Hmmm. Takpe lah, aku akan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan je lah. Its better that I got some offer although I cant choose any rather than I did not get any kannn. Pities for those that not get any offer. Tapi aku tahu, mereka akan dapat tawaran even di mana saja.

Okay, nak cerita pasal banyak trip ni. Awal Mei hari tu on Thursday. Kami pergi PWTC! Yeahh, kan ada Book Fair :) 
Okay, so ini ceritanya.

Mula2, kitorang pergi Mid Valley dulu dalam pukul 1 lebih tu nak ambik gaji Szana :) Tapi kitorang takde snap picture time kat Mid, sebab time tu hujan lebat menggila then kitorang nak rush ke PWTC kann, Szana ambik gaji lama betul. Macam dapat gaji sejuta je. HAHA :P Then, on 3.30 p.m kitorang pergi ke KTMB punya stesen, yelaa, nak ke PWTC kan, walawehhh! punya lah lama doe nak tunggu tren ni T.T Dengan hujan yang lebat menggila. Kitorang pun ambil peluang lah snap photo sana, photo sini, sampaikan kena wisel dengan polis yang jaga landasan tu sebab bermain-main di tepi landasan T.T hewhew. Dalam lebih kurang setengah, baru lah sampai tren yang ditunggu tunggu tu. Nasib baik lah tren ni yang baru punya. Tren 1 Malaysia :)


 OK! We had arrived at PWTC pada pukul 4 ptg. So, apa lagi. Kami berushing lagi cari buku ni, buku sana. HUHU. Yelaa, nak balik berfore magrib punya pasal kann. Ni time kat dewan Karangkraf. Kalau datang sini, tak masuk Karangkraf, memang tak boleh lah. HAHA. Sofi borong semua buku yang berkaitan Islam. Mungkin dia dah bertaubat. Hewhew :3 Aku? Biasalah, novel harus ada. Aku beli jugak novel yang sesuai untuk adik aku and buku special for my mum's birthday plus mothers day ! Yeahh :D


Siap ada kartunis lagi time kat booth Ujang :D

Then, dalam pukul 5 lebih, kami berempat LAPAR~~ So, kitorang decide nak pergi ke Mcd di Mall bersebelahan dengan PWTC. Ish! Apa namanya, aku pun lupa T.T Huhu. Tapi, entah kenapa ada dugaan yang agak mendebarkan iaitu I Pad sofi pulak hilang! Entah mana lah dia tercicir. Haiyoo. Kitorang dah cemas tahap cipan dah ni. Kitorang pun pergi lah balik ke booth Ujang, Phewwww~ Alhamdulillah! Nasib baik jumpa. kartunis kat situ yang simpankan. HOHO.

Ohh, my Double Cheese Burger :D

Kalau nak tahu, time tengah makan2 tu, aku ada ternampak seseorang yang agak mencurigakan asyik tengok kitorang je. Lelaki leww. Aku pelik, tapi biar je lah. Rupa2nya, dia tengah pasang strategi nak curi Iphone kakak yang makan kat meja belakang kami ni. Phewww~ Nasib baik kakak ni cepat bertindak, dia tarik Iphone dia sekuat hati. Apa lagi, cabut lah pencuri tadi tu tapi tak sempat nak buat apa pun..

Then, tengah borak2 dengan kakak tu, kakak tu ada tanya kitorang nak balik mana, kami cakap lah Setiawangsa. Then, kakak tu kata LRT tak boleh jalan disebabkan hujan lebat yang menggila. Haiyya. Berapa banyak lah dugaan hari ni T.T Cobaan~~

So, dalam pukul 6.45 ptg, baru ada LRT dan kami menaikinya sehingga lah ke stesen Masjid Jamek bagi membuat pertukaran ke laluan Kelana Jaya untuk ke Setiawangsa. Alhamdulillah, selamat sampai di LRT Setiawangsa pukul 7.30 ptg. So, Szana and Sofi pun pergi menunaikan solat Magrib terlebih dahulu :) Naik kereta Syaf, tapi Sofi yang drive sebab dah malam kann. Diorang hantar aku dulu :) Thankiesss~ 

Alhamdulillah, aku sampai rumah pukul 8 malam :D Penat! Pheww~


#next entry- Picnic at KLCC with my Galfriends.

Till here. Toodles~


No comments:

Post a Comment